renungilah hadis ni

Selasa, 25 Oktober 2011

sahabat, sahabat dan sahabat...

salam mahabbah semua..lama gila rasa tak update blog..arini nak cite pasal kawan..sepanjang hidup 20 tahun di muka bumi ALLAH ni, macam-macam pengalaman aku da lalui dalam berkawan..mang betul orang cakap manusia ni ade 1001 ragamnye..tak mampu nak kawal semua sekali.. kawan pun manusia jugak kan..jadi, ragamnye pun 1001 macam jugakla.. setiap tahun aku mesti ade masalah ngan kawan yang rapat sangat dengan aku..bile da gaduh tu mang aku rase sedih sangat..dan satu je yang aku tanye balik kt diri sendiri "hubungan aku dengan ALLAH ada masalah ke?" sebab sebelum ini aku ada dengar orang kata kalau kita gaduh dengan ALLAH ada masalah..sebab tu la bila aku gaduh dengan orang aku rasa sedih sangat..aku takut sangat kalau hubungan aku dengan ALLAH betul-betul ada masalah...memang kadang-kadang kita tak rasa pun kita yang salah tapi kita kene fikir semula semua tu..betul ke hubungan kita dengan ALLAH ok atau sebaliknya..

dalam dunia ni mang susah nak jumpa seoarang sahabat tapi nak jumpa kawan senang...aku amat berterima kasih pada mereka yang sudi berkawan dengan aku..yang boleh terima aku seadanya..terima kasih kawan-kawan semua..dalam hidup ni kita tak boleh nak hidup sorang-sorang..mesti bercampur juga dengan orang tapi pandai-pandailah pilih kawan..tak semua kawan yang membina..ada juga yang  merosakkan..semoga anda semua jumpa kawan-kawan yang sentiasa mengingatkan kita kepada ALLAH..janganlah memilih kawan mengikut darjat..tu semua hanya sementara sahaja..ingatla hidup di dunia adalah untuk mencari bekalan untuk akhirat kelak..bukan selama-lamanya kita hidup di dunia ni..akhirat tu adalah tempat yang selama-lamanya kita akan tinggal..kite di beri peluang oleh ALLAH untuk mencari sebanyak-banyak bekal untuk akhirat kelak..

carilah kawan yang boleh membawa kita ke jalan yang benar untuk mencari bekalan tu..ALLAH tidak memandang pada paras rupa, harta, darjat, pangakat dan sebagainya..tapi ALLAH lihat pada iman dan taqwa seseorang itu..ingatlah kawan-kawan ku sekalian..sayangilah diri anda..beringatlah sebelum hari itu tibe..pada waktu tu tiada guna menyesal..segalanya sudah terlambat.. sahabat adalah seoaranga di yang akan berada di belakang kita walau dalam apa jua keadaan..tidak kira susah mahu pun senang, yang memahami kita, yang tidak memberi bebanan kepada kita, yang ikhlas bersahabat dengan kita, tahu segala hal tentang kita, sentiasa memberi sokongan dan yang paling penting sentiasa mengingatkan kita kepada ALLAH..semoga anda semua berjaya menemui sahabat yang sejati..

akhir kata, sahabat adalah orang yang penting dalam senarai orang penting dalam hidup seseorang selepas ALLAH, rasul, ibu bapa dan adik-beradik..semoga kawan-kawan saya di luar sana tu sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera..amiiin..nk ucapkan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sudi menerima saya seadanya..setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing..tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini..teruskan usaha mencari sahabat sejati semua...semoga anda berjaya..:)